YaPEIM Gold adalah kedai emas yang menjalankan perniagaan jual dan beli emas. Ar Rahnu YaPEIM menjalankan aktiviti Pajak Gadai Islam dan belian emas serta servis lain. Untuk maklumat berkenaan Ar Rahnu YaPEIM anda boleh layari www.arrahnuyapeim.net
YaPEIM Gold menjual emas fizikal iaitu barang kemas baru & terpakai (Premium preloved) serta bullion iaitu syiling & bar emas
Pembelian emas YaPEIM Gold boleh dibuat cawangan YaPEIM Gold dan juga melalui atas talian di laman web rasmi YaPEIM Gold.
Rujuk harga emas YaPEIM Gold di laman web rasmi YaPEIM Gold @ Facebook YaPEIM Gold
Melabur emas adalah menyimpan emas. Bagi penyimpanan emas secara fizikal, anda boleh membuat pembelian di mana-mana cawangan YaPEIM Gold Akses dan platform atas talian yang sah.
Bagi pelaburan akaun emas, anda boleh merujuk cawangan Ar Rahnu YaPEIM.
Produk Barangan Kemas : Mutu 916
Produk Bullion : Mutu 999
Pembelian boleh dibuat di laman web YaPEIM Gold, Aplikasi DIYA dan pautan AVANA.
Insurans pengeposan memberikan perlindungan terhadap pesanan pelanggan sepanjang ia berada di hub kurier sahaja.